Thursday, December 6, 2012

Sejarah Koperasi BUMIRA


 




Koperasi Bumira Berhad dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra beralamat Lot 3.20 Tingkat Dua Medan MARA, No 21, Jalan Raja Laut, 50357 Kuala Lumpur.


Merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1972 dengan nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Bumira Berhad.
Sepuluh tahun selepas itu, nama syarikat telah ditukar kepada Koperasi Bumira Berhad. Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi - fungsi kredit, pengguna, perumahan, perladangan dan pengangkutan.
Lebih kepada bentuk pinjaman kepada ahli - ahlinya yang terdiri daripada kakitangan pejabat MARA. Hampir 90% ahlinya terdiri dari kalangan bumiputra. Matlamat koperasi ini menurut subseksyen 4 (1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota - anggotanya mengikut prinsip - prinsip koperasi.

No comments:

Post a Comment