Tuesday, December 4, 2012

IKM.. Di sini bermula segalanya...



Menyedari hakikat bahawa kemajuan orang Bumiputera khususnya orang Melayu, masih jauh ketinggalan dari setiap sudut ekonomi, pelajaran, kemahiran dan sebagainya berbanding bangsa - bangsa lain di negara ini, maka para cendekiawan Melayu ketika itu telah berusaha menjana fikiran rakyat Melayu maju. Justeru itu lapangan kemahiran ketukangan industri juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk dilaksanakan.
     

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.
     


SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA pada ketika itu hanya ditadbir oleh seorang Pengetua ( Encik Abdul Hamid Bin Dato Haji Mohd Salleh ), 8 orang tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan pentadbiran. Kursus yang dijalankan hanya 2 kursus sahaja iaitu Kursus Kajisawat Motor dan Kursus Mekanikal. Setiap bidang tersebut mempunyai latihan asas dinamakan " Common Module " yang dipecahkan kepada beberapa modul seperti Kimpalan, Pemesinan Am, Mengegas dan Lukisan Teknik.

No comments:

Post a Comment