Koperasi Bumira Berhad dimiliki sepenuhnya
oleh bumiputra beralamat Lot 3.20 Tingkat Dua Medan MARA, No 21, Jalan
Raja Laut, 50357 Kuala Lumpur.
Merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1972 dengan nama
Syarikat Kerjasama Serbaguna Bumira Berhad.
Sepuluh tahun selepas itu, nama syarikat telah ditukar kepada Koperasi
Bumira Berhad. Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan
fungsi - fungsi kredit, pengguna, perumahan, perladangan dan
pengangkutan.
Lebih
kepada bentuk pinjaman kepada ahli - ahlinya yang terdiri daripada
kakitangan pejabat MARA. Hampir 90% ahlinya terdiri dari kalangan
bumiputra. Matlamat koperasi ini menurut subseksyen 4 (1) Akta ialah
untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota - anggotanya mengikut
prinsip - prinsip koperasi.